Cyber Security


Keselamatan siber atau dikenali sebagai keselamatan teknologi maklumat adalah sebuah teknik yang melindungi komputer, program, rangkaian dan data daripada dapat di ceroboh atau serangan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran untuk bertujuan eksploitasi. Justeru itu, adalah amat penting setiap perusahaan atau syarikat untuk menitikberatkan tentang keselamatan siber dan mengambil tahu tatacara untuk melindungi data dan meminimumkan risiko yang berkaitan. Bidang utama yang diliputi dalam keselamatan siber adalah keselamatan aplikasi, keselamatan maklumat, keselamatan operasi termasuk proses dan keputusan, pemulihan bencana dan keselamatan rangkaian.

Sistem keselamatan siber boleh melindungi maklumat dan data sesebuah organisasi. Serangan virus boleh dielakkan dengan adanya perisian yang canggih diletakkan dalam komputer riba, telefon mudah alih serta telefon pintar. Perisian yang canggih seperti ‘firewall’ atau anti-virus mampu mencegah pencurian maklumat dan data daripada berlaku. Hal yang demikian perlu dibendung dari peringkat awal lagi supaya maklumat peribadi pekerja di dalam organisasi tersebut dapat dijaga dengan baik. Keselamatan siber boleh dijadikan inisiatif yang berkesan untuk membangunkan sesebuah organisasi.

👮Cyber Security telah digunakan dalam pelbagai konteks, dari perniagaan hingga pengkomputeran dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori umum:

  1. Keselamatan rangkaian: Melindungi komputer daripada penceroboh, sama ada penyerang yang disasarkan atau malware oportunistik.
  2. Keselamatan aplikasi: Memastikan perisian dan peranti bebas daripada ancaman.
  3. Keselamatan maklumat: Melindungi integriti dan privasi data dalam storan dan transit.
  4. Keselamatan operasi: Proses dan keputusan untuk mengendalikan serta melindungi aset data. Merangkumi kebenaran yang dimiliki oleh pengguna untuk mengakses rangkaian serta prosedur yang menentukan bagaimana dan di mana data disimpan atau dikongsi.
  5. Pendidikan pengguna akhir: Menangani pembawaan virus yang tidak disengajakan dengan mengajar pengguna untuk memadam lampiran emel yang mencurigakan, tidak memasukkan pemacu USB sesuka hati dan sebagainya.

👉Memahami Peranan Cyber Security

Cyber Security berperanan dalam apa-apa sahaja perkara yang bergantung kepada internet untuk komunikasi, dihubungkan dengan komputer atau peranti pintar lain yang boleh terjejas akibat gangguan keselamatan, sebagai contoh:

  • Sistem komunikasi – email, telefon dan teks mesej
  • Sistem pengangkutan – kawalan trafik, enjin kereta, sistem navigasi pesawat
  • Pangkalan data kerajaan – nombor Keselamatan Sosial, lesen , rekod cukai
  • Sistem kewangan – akaun bank, pinjaman dan gaji
  • Sistem perubatan – peralatan dan rekod perubatan
  • Sistem pendidikan – gred, kad laporan dan maklumat penyelidikan

About Norbalyna binti Bali

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment