What is IoT?

 Apa itu Internet Of Thing (IoT)?

IoT (I-o-T) adalah singkatan huruf bagi perkataan Internet of the things, IoT merupakan sistem yang ada di dalam komputer yang saling berhubung antara satu sama yang lain, mesin dan teknologi moden yang canggih, objek, haiwan atau manusia yang dibekalkan dapat dicam oleh pengecam unik dan berupaya untuk melakukan perpindahan data dengan menggunakan rangkaian internet tanpa kehadiran manusia berinteraksi antara satu sama yang lain atau manusia mengendalikan komputer.


Internet of things boleh menjadikan kereta yang mempunyai sensor untuk memberi amaran kepada pemandu apabila tekanan tayar rendah atau mana-mana semula jadi atau buatan manusia sendiri. Selain itu, objek juga boleh diberikan alamat Internet Protocol (IP) dan boleh memindahkan data melalui rangkaian.


Jumlah organisasi semakin hari semakin banyak dalam pelbagai industri menggunakan IoT untuk beroperasi dengan lebih cekap, lebih memahami pelanggan untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan, menambah baik pembuatan keputusan dan meningkatkan nilai perniagaan.
 


     

💫Masih Kurang Jelas Bagaimana IT Berfungsi?

Admin akan jelaskan secara ringkas dan bukan secara teknikal tentang apa yang boleh dilakukan oleh telefon pintar anda.

Bagaimana anda membaca post ini sekarang? Mungkin di desktop, telefon bimbit, tablet, tetapi apa sahaja peranti yang anda gunakan, ia pasti berkaitan dengan internet.

Anda boleh fikirkan tentang fungsi telefon bimbit yang anda gunakan sebelum wujudnya telefon pintar. Fungsinya hanya terhad kepada membuat atau menerima panggilan dan teks mesej sahaja.

Berlainan pula dengan telefon pintar, hanya dengan satu carian yang mudah, anda boleh membaca mana-mana buku, menonton filem atau mendengar lagu di tapak tangan anda.

IoT sebenarnya merupakan konsep yang sangat mudah di mana ia mengambil semua perkara di dunia dan menyambungkannya ke internet.                                                     



About Norbalyna binti Bali

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment